INSPIRASI, SIKAP.info – Bukan mudah bagi seseorang untuk menerima perkara baru dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi jika perkara tersebut merupakan suatu perkara yang tidak biasa dan kurang disukainya sebelum ini.

Namun, berkat ketulusan hati dan ikhlas menerima perubahan baru, sudah tentu akan mendapat kebaikan diatas segala keyakinan yang telah diberikan terhadap sesuatu yang tidak digemari sebelumnya.

Hal tersebut merubah keadaan yang berlaku kepada seorang pengarah filem pendek kontroversi pada masa tempo dulu yang berjudul Fitna. Filem pendek tersebut mengisahkan mengenai Islamophobia dan menggambarkan keburukan Rasulullah .

Arnoud Van Doorn yang juga merupakan seorang ahli dewan undangan di Belanda sekitar tahun 2013 terlibat dalam pembuatan filem tersebut.

MENARIK DIBACA:  Menjadikan Anak Pintar, Lakukan Cara Ini

Walau bagaimanapun, hati Arnoud mulai terbuka untuk mengenali Islam setelah sadar tentang sesuatu yang harus dan terus mencari tahu tentang kebenaran agama Islam.

Melansir majalah The Guardians, Arnoud memberitahu bahawa dia mulai mempelajari al-Quran dan semakin dia mendalami hal tersebut, semakin dia merasai ketenangan dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Tambahnya lagi, semakin dia mendalami Islam membuatkan dia kenal akan dirinya dan hal tersebut membawanya masuk ke dalam agama Islam, Bersyahadat menjalankan ibadah syariat hingga menunaikan ibadah haji .

Bermula dari itu, kini, Ayah tiga orang anak ini mulai menjalani dakwah untuk memberantas isu dan pandangan terhadap  Islamophobia  di Belanda. Dia juga mempelajari dan mendalami nilai Keislaman guna menjalani hidup sebagai seorang Muslim dan menjadi seorang pendakwah untuk menyebarkan Islam terutama bagi kalangan pemuda di negaranya.

MENARIK DIBACA:  Sengketa Bisnis Rekind VS PAU: Potensi Rugikan Negara Rp. 2 Triliun

Kisah Arnound Van Doorn itu menjadi inspirasi kepada semua dan menjadi ikhtibar bagi kita semua, kerana boleh jadi sesuatu yang kita benci itu akan bertukar menjadi perkara yang paling dicintai dan membawa kepada jalan kebenaran yang penuh kedamaian, ketentraman dan kecintaan sesama manusia.*(Rls)

Editor: DIY Sinkap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here